Dialog Bersama Mujahid 14 tahun

saya tak nak tanya apa perasaan anda....saya nak tanya apa sumbangan anda untuk saudara kita di Palestine... "apa yang kamu akan buat selepas ini?"

Kita Perlu Jadi Muslim Sejati

bermacam macam kita dah buat bukan...kita buat demonstrasi besar besaran..kita buat ceramah tentang palestine..kita boikot barang yahudi...kita bakar bendera Zionis..kita membuat program kesedaran..kempen..dan bermacam macam lagi...

Kata-Kata Tok Guru

Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.

Tali Fahimah

Kenal siapa Tali Fahima?? Beliau merupakan seorang pejuang Islam di Palestine. Beliau merupakan warga Isreal. Tali Fahima,bukan asing bagi dikalangan mereka yang prihatin dengan isu-isu Palestin..perjuangan wanita besi ini mencipta sejarah tersendiri sehingga negaranya sendiri menuduh beliau pengkhianat dan pengganas rakyat Israel pertama yang bertindak ganas terhadap kaumnya sendiri..

Bahayanya Fahaman Sekularisme

Kultur imperialisme Barat telah mewariskan semacam “mazhab pikiran” yang amat menyesatkan dunia Islam (Alam Islamy), ialah suatu pandangan hidup yang “serba dunia”, sekulerisme atau La Diniyah!

Thursday, May 26, 2011

Babi dengan Arak punya cerita..aduhai

Di bawah merupakan petikan dari akhbar utusan Melayu

"Cuba lihat angka-angka ini. Mengikut perangkaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia melalui laman webnya www.dvs.gov.my bilangan babi di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) pada 2008 ialah sebanyak 1,733,466 ekor; lebih banyak berbanding kerbau 133,381 ekor, lembu (847,757 ekor), kambing (437,805 ekor) dan berbiri 124,749 ekor.

Statistik sembelihan ternakan yang direkodkan oleh jabatan itu pada 2008 pula; babi disembelih sebanyak 1,715,890 ekor, kerbau (11,847 eko

r), lembu (102,010 ekor), kambing (15,186 ekor) dan berbiri (4,197 ekor).

"Dipendekkan cerita, ekoran betapa pentingnya industri itu, sila baca keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 April 2008 (yang turut dipetik oleh laman web Badan Peguam Malaysiawww.malaysianbar.org.com pada 19 April 2008)."



"Kesimpulan saya ialah: Industri penternakan babi ialah cukup lumayan. Oleh itu timbul persoalan sekarang apakah ia membabitkan soal budaya atau ia telah menjadi isu komersial yang dikawal oleh kartel yang gagah dan orang politik hanyalah faktor untuk mengapi-apikan sahaja supaya isu itu kelihatan ''amat penting''.

Kedua, besarnya industri penternakan babi di Malaysia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia amat bertoleransi. Siapa kata orang Melayu Malaysia yang beragama Islam menentang penternakan itu? Jika tidak sudah tentulah tidak sebegitu besar industri tersebut. Fikir-fikirkanlah."

Dipendekkan cerita, ekoran betapa pentingnya industri itu, sila baca keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 April 2008 (yang turut dipetik oleh laman web Badan Peguam Malaysiawww.malaysianbar.org.com pada 19 April 2008)."


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm&arc=hive


cuba rujuk laman di atas...untuk maklumat lebih lanjut

Industri babi boleh menyumbangkan RM300 juta setahun cukai kepada kerajaan. Selain muncul sebagai pengeluar babi terbesar di Asia Tengggara, Malaysia dikatakan negara pengeluar dan pembuat arak ke 10 terbesar di dunia.

"KUALA LUMPUR – Malaysia diletakkan di tangga ke-10 dalam penggunaan alkohol oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) walaupun dengan saiz populasi yang kecil.

Statistik yang diperoleh oleh pertubuhan tersebut menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah membelanjakan sejumlah ASD$500 juta (RM1.5bil) bagi alkohol sebanyak 7 liter per kapita.

Penggunaan arak di Malaysia adalah 11 liter per kapita.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata bahawa masalah penggunaan alkohol di negara ini telah menjadi semakin serius."



WOW...serious...dasyat giler negara kita...

padan lah masa selsema babi merebak, tak da operasi membunuh babi...tapi masa selsema burung merebak...rata2 ayam ngan itik kena bunuh...hmmm






Orang kata: ye lah..kalau tak de benda2 nih..mundur lah negara kita....ni lah yang duit yang membangunkan negara tau tak..ang kena bersyukur..ang nak tinggal dalam rumah papan??

aku kata: aku sanggup..janji semua disekeliling aku halal...arak dengan babi elok ka untuk badan manusia????..

orang kata: alah..kita kan masyarakat berbilang bangsa...ini untuk depa..biar kat depa lah..inshallah orang melayu tak sentuh ehh benda2 nih..biar lah kat depa..


aku kata: ko yakin ka?? ini ka sikap kita sebagai umat Islam terhadap orang bukan Islam??..redho melihat mereka didalam kekafiran.... aku nak tanya...Islam ini untuk disebarkan oleh orang melayu ja atau semua manusia??..kemana usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam...

orang kata: malaysia kan negara berbilang bangsa..tak boleh lah obses dengan nak jadikan negara malaysia negara Islam..rilek bro...

aku kata: jap2..bukan kah Islam sebagai agama rasmi??...dunia ini milik siapa??...bukan kah dunia ini milik ALLAH...hak ALLAH...bukan kah benda2 ini adalah benda2 terlarang...ia memudaratkan kesihat..perniagaan apa nih yang mengambil keuntungan dengan memberi penyakit pada diri manusia??..perniaggan macam ini yang nak dibaggakan??

orang kata: rilek lah..slow slow lah kita nak kembang kan Islam...kita kena jaga hati bangsa lain,.

aku kata: siapa yang jamin engkau akan hidup pada esok hari???

orang kat: hmmmmmmm......


* jangan salah faham, aku bukan pembangkang kerajan, tetapi aku pembangkang kejahilan...
"amar makruf nahi mungkar"


"ini Pena Padi, mengingati buat yang terlupa"

Tuesday, May 24, 2011

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains


Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan.

H
IKMAH PERLAKSANAAN HUDUD


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

PANDANGAN ULAMA TAFSIR
Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.

2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel

Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.

Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL

Dialog bersama seorang Mujahid 14 tahun



saya tak nak tanya apa perasaan anda....saya nak tanya apa sumbangan anda untuk saudara kita di Palestine...

"apa yang kamu akan buat selepas ini?"

ALLAH menilai apa yang anda lakukan..walaupun sekecil zarah

Saturday, May 21, 2011

Bahayanya Sekulerisme - La Diniyah

Jumat, 20/05/2011 15:43 WIB | email | print

oleh KH. Mohamad Isa Anshory

Kultur imperialisme Barat telah mewariskan semacam “mazhab pikiran” yang amat menyesatkan dunia Islam (Alam Islamy), ialah suatu pandangan hidup yang “serba dunia”, sekulerisme atau La Diniyah!

Faham sekulerisme membawa ajaran, Islam tidak perlu dibawa-bawa mengatur masyarakat. Agama adalah soal pribadi dan ukhrawi, persoalan dunia dan negara, persoalan masyarakat an kehidupan manusia seluruhnya, terserah kepada pikiran, otak dan rasio manusia. Tangan Tuhan tidak boleh ikut campur mengatur urusan manusia.
Ajaran imperialisme Barat itu tentu saja dalam rangka tujuan hendak meng-Kristenkan dan meng-Kafirkan umat Islam, hendak melikwidir Islam dari muka bumi.

Siasat jahat kaum imperialis ini mendapat ruang dan peluang yang lapang di negeri-negeri Islam yang dijajahnya. Kelakuan dan tindak-tanduk para penguasa dan kepala negara yang menyebut dirinya, “wakil Tuhan” di dunia, tetapi sudah menyimpang dari Qur’an dan Sunnah, telah menyekasikan kezaliman Sultan Abdul Hamid yang telah membawa malapetaka bangsa Turki dalam masa yang panjang.

Gerakan Turki Muda dengan pimpinan Mustafa Kamal berhasil menggulingkan kekuasaan Sultan yang zalim itu. Akan tetapi Mustafa Kamal tidak memberikan alternatif yang benar kepada rakyat yang sudah terlepas dari belenggu kezaliman itu. Kemalisme telah mengubah wajah Turki menjadi bangsa dan negara sekuler.

Segala yang berbau “Arab” dimusnahkan. Bahasa ibadah dilarang, karena ia adalah “Arab” yang harus dibasmi. Nasionalisasi dan rasionalisasi dilancarkan. Adzan dan iqamat harus diganti dengan bahasa Turki, tidak boleh lagi dengan bahasa Arab, karena Arab adalah malapetaka dan sumber bencana. Mustafa Kamal hendak membangun sebuah rumah melalui menghancurkan sebuah kota. Bangsa Turki yang pernah dalam sejarah mengambil alih dan meneruskan pimpinan dan kejayaan Islam, dipaksa dengan sekulerisme yang didatangkan dari Barat.

Mustafa Kamal emoh kepada Timur (Islam) dan dia berkiblat ke Barat. Kemalisme hendak membangun Turki Baru dengan jalan menindas kehidupan rohani, kehidupan jiwa bangsa Turki sendiri. Jika hanya menilainya dari satu segi, Mustafa Kamal memang seorang pahlawan.

Dia sukses dan jaya menjatuhkan rezim lama yang zalim. Dia telah diangkat menjadi “Bapak” Republik Turki, dan namanya diganti menjadi dengan Kemal Attaturk, Bapak Bangsa, sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada jasanya.

Tetapi, apakah dia seorang patriot yang sempurna, masih menjadi pertanyaan? Bahkan patriot yang sempurna harus mengenal betul jiwa bangsanya, nurani dan naluri bangsanya, isi dada, darah dan daging bangsanya?

Kalau Kemal kesal, dendam dan benci melihat praktek para Sulltan sebelum dia mengendalikan negara, orang seperti dia tentunya tahu, bahwa para Sultan itu telah menyimpang dan menyeleweng dari Qur’an dan Sunnah.

Kenapa justru Islam (hukum dan syariahnya) yang harus menerima hukuman pengebirian, dan menggantinya dengan sekulerisme Barat? Sekulerisme atau La Diniyah yang dipaksakan kepada bangsa yang telah berabad-abad menerima dan mengamalkan Islam yang malah telah membuat bangsa Turki menjadi besar dan jaya dalam sejarah. Pada hakekatnya Bapak Turki pada permulaan telah menanamkan bibit antipati dalam hati rakyat. Dia bukan saja tidak mendengar nurani dan naluri bangsanya, tetapi malah menentang hatinurani budi dan naluri bangsanya.

Berhasilkah dia menyembuhkan “Orang sakit Eropa” (Turki) itu dengan resep imperialis, ialah sekulerisme, paham yang memecah dniawi dan ukhrawi, menceraikan jasmani dengan dengan ruhani? Sejarah menyaksikan “Orang sakit” itu masih tetap belum mendapatkan kesembuhannya. Telah puluhan tahun sekulerisme memerintah bangsa Turki, tetapi bangsa itu tetap “Orang sakit” yang menunggu obat.

Tiga tahun yang lalu seorang sahabat yang pernah tinggal di Ankara, ibukota Turki, menceritakan kepada saya, bagaimana nasib malapetaka dan sengsara bangsa Turki sampai sekarang ini. Teman itu berkata, “Seorang penjabat tinggi negara Turki pernah berkata kepda saya dengan nada haru dan keluh kesah, bahwa suatu waktu di di Amerika melihat pembesar-pembesar pemerintah setiap hari minggu datang ke Gereja dengan anak isterinya. Ingin menjabat negara itu hal yang seperti itu berjalan di negerinya, dia ingin mellhat kehidpan yang subur dinegerinya.

Kehidupan rakyat jauh dibawah taraf yang layak sebagai manusia yang adab. Ekonomi dan sosial rakyat belum mendapat perubahan. Jiwa dna nurani rakyat kering. Jika hendak mendirikan masjid atau madrasah harus meminta izin lebih dahulu kepada pemerintah. Sekulerisme sudah kehilangan akal dan kehabisan daya untuk mengendalikan rakyat Islam yang terkenal fanatik dan teguh hati.

Rakyat rindu kebebasan hidup beragama, kebebasan mengembangkan kodrat dan thaat. Rakyat rindu dan terkenang kepada sejarah lama, sejarah nenek moyang yang besar, warisan Islam. Teman itu pernah memberi nasehat kepada teman Turki seraya mengatakan, “.. Kalau Tuan ingin membangun negeri Tuan, ingin membangun kembali bangsa Turki, Tuan harus kembali memaki cara yang pernah menjayakan bangsa ini dahulu”, tukasnya.

Suatu bangsa yang agamanya telah menjadi darah daging, tidak mungkin ditegakkan dengan sistem yang bertentangandengan jiwanya. Sekulerisme mungkin b erhasil dilaksanakan pada bangsa luar Islam. Jika revolusi Perancis gagal, karena rakyat tidak mendapatkan kebbebasan dan dan kebahagiaan dalam soal ekonomi, maka Revolusi Turki Muda gagal, karena tidak berlandaskan semangat dan jiwa rakyat. Bukan di Turki saja, kita melihat adanya sekulerisme. Juga banyak negara-negara Islam yang menyebutkan undang-udang Dasarnya berdasar Islam, tetapi sistem perundang-undangnya menyimpang dari tuntunan syari’ah.

DR. Abdul Qadir Audah rahimahullah, seorang ulama Mesir, yang ikut menggulingkan rezim Farouk waktu Revolusi Mesir 1952, dalam bkunya, “Islam dan Perundan-Undangan” :
“Sudah menjadi tabi’at Islam , bahwa ia merupakan dasar hukum pada tiap negeri yang telah dimasuksinya, dan bila Islam itu merupakan agama, maka ia menjadi syariat yang sempurna tiap-tiap muslim.

Karenanya, syari’at Islam adalah undang-undang yang satu-satunya bagi tiap-tiap bagi negeri Islam sejak Islam menjelma ke negeri itu, dan hal seperti itu berlangsung sampai imperialisme berkuasa menggagahi negeri-negeri Islam itu. Maka masuklah Perundang-undangan Eropa ke negeri-negeri Islam, atau karena pemimpin Islam itu telah dapat ditipu oleh imperialis Barat.

Itulah awalnya bencana yang terjadi di dunia Islam yang menghancurkan umat Islam, dan seluruh struktur kehidupannya.

Hendaklah umat Islam mengerti, bahwa Islamlah yang menciptakan mereka, menjadikannya sebaik-baik umat yang dibangkitkan untuk manusia, dan menyebabkan mereka dulu bisa berkuasa diatas kekuasaan-kekuasaan dunia, dan syariat Isalm itulah yang mengajar dan mendidik mereka, merasakan artinya mulia dan jaya, memberikan kekuatan dan cita-cita, melahirkan pahlawan-pahlawan yang membuka negeri-negeri Islam.

Syariah Islamlah yang membawa manusia kepada persamaan yang sesungguhnya dan keadilan yang mutlak, dan mewajibkan mereka bekerjasama diatas dasar kebaikan dan taqwa, dan bahwa mereka mengajak yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar. Sekulerisme dan La Diniyah tidak ada hubungannya dengan kehidupan kaum Muslimin. Wallahu'alam.

http://www.eramuslim.com/nasihat-ulama/bahayanya-sekulerisme-la-diniyah.htm

Friday, May 20, 2011

KATA-KATA TUAN GURU NIK AZIZ


KATA-KATA TUAN GURU NIK AZIZ

Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.

"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia,"

no offence: anda nilai sendiri..

saya bukan Pas ataupun Umno..saya adalah Islam..yang berpandukan pada Al Quran dan As Sunnah.. Anda bijak, nilai sendiri..

Maksudnya: Sesungguhnya, ad-Din (agama yang benar) di sisi Allah hanyalah Islam.

Tali Fahimah


Kenal siapa Tali Fahima?? Beliau merupakan seorang pejuang Islam di Palestine. Beliau merupakan warga Isreal.
Tali Fahima,bukan asing bagi dikalangan mereka yang prihatin dengan isu-isu Palestin..perjuangan wanita besi ini mencipta sejarah tersendiri sehingga negaranya sendiri menuduh beliau pengkhianat dan pengganas rakyat Israel pertama yang bertindak ganas terhadap kaumnya sendiri..

Kini beliau digelar seorang Muslim dan menjadi warganegara Palestin, MashaALLAH. Beliau dulu adalah sebagai seorang tentera Israel, kini beliau menjadi sasaran serangan rejim zionis sebagaiman pejuang-pejuang Islam yang lain. Beliau dikatakan menetap di sebuah perkampungan Arab di Palestine di Ara’ra. Sek
saan dalam penjara yang ditanggung belaiu meskipun belum secara rasmi memeluk Islam tidak pernah luntur.
Dalam wawancaranya dengan kanal televisi Rusia berbahasa Arab Rusiya al-Yaum (24/6), Fahima menyatakan dirinya mendapat banyak ancaman pasca pernyataan keislamannya. Ancaman tersebut datang baik dari pemerintahan Israel atau dari golongan sayap konservatif Yahudi-Israel.

"Namun Alhamdulillah, Allah telah menggariskan suratan takdir untuk saya. Dan jika memang Ia akan menakdirkan saya mati syahid, maka saya berucap Alhamdulillah, hal itu lebih baik dari sesuatu apapun," kata Fahima.

Atas berdirinya beliau dengan kalimah LA ILAHA ILLALLAH.
Selepas menumpuh pelbagai ujian, kini Fahima bertugas sebagai guru mengajar bahasa Hebrew di sebuah sekolah dan lebih banyak menghabiskan masa belajar bahasa Arab dan al Quran.

Sunday, May 15, 2011

Kristian menjadi Agama Rasmi?


Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan berita dalam laman blog, kononnya ada majlis perjumpaan paderi seluruh negara di Pulau Pinang beberapa hari lalu, membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.


Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian Persekutuan.

Soalnya, bolehkah Kristian menjadi agama Persekutuan? Bolehkah perlembagaan dipinda di Dewan Rakyat untuk mengubah apa yang termaktub?

Sebenarnya, ia tidak mudah seperti difikirkan untuk mendapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat bagi mengubah perlembagaan apatah lagi ianya berkaitan agama Islam.

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/statistikugamamalaysia.gifApa sahaja berkaitan Islam untuk dipinda atau dimansuhkan perlu dibawa kepada Majlis Raja-Raja, Ia tidak boleh dipinda dengan sokongan dua pertiga di Parlimen saja, sebaliknya perlu persetujuan Majlis Raja-Raja. Usaha mengubah apa yang termaktub dalam perlembagaan tersebut perlu perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam dan Majlis Raja-Raja.

Kalau dilihat kepada keseluruhan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu pada (4) dinyatakan tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

Ini telah menjadikan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai satu peruntukan yang tunggal dan tidak boleh mempengaruhi apa-apa Perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penafsiran sekarang terhadap Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sekadar amal ibadat dan upacara sahaja.

Bagi kita sebagai muslim adalah berhak untuk menganut dan mengamalkan agama dengan sepenuhnya sebagaimana yang terkandung di dalam Al Quran dan As Sunnah.

Oleh kerana itu tafsiran yang sempit itu perlu diubah kerana Islam telah dianuti dan diamalkan di Tanah Melayu ini lama sebelum Perlembagaan Persekutuan wujud lagi. Sebagai contoh Batu Bersurat Terengganu yang mencatatkan hukum hudud yang telah diamalkan oleh penduduk tempatan beratus tahun dahulu.

Justeru, kami melihat isu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi merupakan hanya merupakan satu provokasi.


SEBELUM KITA MENILAI SESUATU ISU, HENDAKLAH KITA MERUJUK KEDUA DUA BELAH PIHAK. BARULAH ADIL. KAJI DAHULU, KEMUDIAN ANDA TENTUKAN SENDIRI

11 imam dibunuh kejam

11 imam dibunuh kejam

BREGA - Kekejaman kuasa Barat terbukti apabila sekurang-kurangnya 11 orang imam dibunuh semasa sedang tidur dalam satu serangan udara oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di bandar Brega, Libya, kelmarin.

Jurucakap kerajaan Libya, Moussa Ibrahim berkata, kesemua imam yang terbunuh adalah sebahagian daripada kumpulan imam-imam Libya yang berkumpul di bandar itu untuk menunaikan solat meminta keamanan di negara yang sedang bergolak itu.

Namun hasrat mereka tidak kesampaian apabila dibunuh dalam serangan ganas Nato yang menyasarkan tempat awam dan bukannya kemudahan tentera seperti yang didakwa sebelum ini.

Kesemua mereka selamat dikebumikan di Brega, semalam.

Selain itu, 50 orang awam yang lain turut cedera dalam serangan Nato itu yang jelas disasarkan ke rumah tumpangan yang menjadi tempat penginapan kumpulan imam tersebut.
Menurut pegawai perubatan, jumlah kematian dijangka meningkat kerana mangsa yang cedera parah dalam serangan itu berada dalam keadaan kritikal.

Nato mengakui melancarkan serangan di Brega, bandar yang terletak kira-kira 800 kilometer di timur Tripoli tetapi tanpa rasa bersalah menegaskan kononnya rumah tumpangan itu adalah pusat kawalan dan arahan.

“Kami sedar terdapat dakwaan ada orang awam terbunuh dalam serangan ini. Kami kesal sebarang kehilangan nyawa jika benar apa yang didakwa,” menurut Nato.

Nato sejak akhir-akhir ini mempertingkatkan serangan udara di beberapa kawasan di Libya yang didakwa sebagai pusat ketenteraan Gaddafi, termasuk serangan di kediamannya di Tripoli.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu mencabuli mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang hanya membenarkan zon larangan terbang diwujudkan kononnya untuk melindungi rakyat Libya daripada serangan tentera Gaddafi.

Sinar Harian

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites