Monday, August 22, 2011

KESAN-KESAN PENJAJAH- MENJAUHKAN ULAMAK DARI MEMIMPIN MASYARAKAT DAN TERAJU POLITIK




Para ulama dalam negara-negara Islam dulunya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan orang Islam secara berterusan, di waktu senang dan susah . Mereka tidak pernah bercakap atau membayangkan kecuali apa yang diyakini bahawa perkara itu daripada agama.

Malangnya alim ulama itu akhirnya menjauhkan diri dari teraju pemerintahan negara dan tidak mencebur diri dalam masalah politik dan sosial, hingga lama kelamaan mereka tidak lagi mampu dan layak untuk membimbing umat dalam bidang politik. Dengan sebab inilah mereka tidak mampu memimpin gerakan perjuangan dan pembebasan yang telah bangkit diakhir-akhir ini di negara Islam yang jatuh dibawah penjajah.

Begitu juga mereka tidak dibenarkan menyertai secara langsung didalam pentadbiran negara di zaman selepas kemerdekaan. Tugas mereka dari sudut sosial hari ini tidak lebih dari tugas brek pada enjin kereta. Mereka hanya dapat mempertahankan sedikit sebanyak kelajuan perjalanan hidup sosial. Dalam hal itu pun brek ini telah pecah berkecai di setengah negara Islam. Ada pun pemandu kereta, iaitu golongan pemerintah yang terpengaruh dengan barat terus terjun dengan keretanya itu ke jurang yang dalam dengan dahsyatnya. Mereka menyangka sedang mendaki kemuncak yang tinggi dan sedang menuju kehebatan.

Abul A’la Al-Maududi

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites