Monday, August 22, 2011

TEKNIK MENGANKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM- Abul A’la Al-Maududi



Wahai saudara-saudara yang dicintai sekelian,

Di antara taktik penjajah yang licik dalam usaha mereka memerangi ummat Islam ialah dengan cara; setiap orang Islam yang mula mendapat menerima celupan barat dan menjauhi ciri-ciri Islam akan segera diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Mereka akan di beri kedudukan di pejabat rasmi pentadbiran samada sebagai pegawai awam atau tentera. Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial. Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen. Pendek kata mereka inilah yang mendapat keistimewaan dalam masyarakat. Apabila gerakan kemerdekaan mula bangkit, dan kemerdekaanpun tercapai, maka biasanya tampok pimpinan pasti kembali ke tangan mereka ini. Oleh kerana mereka adalah orang-orang yang menguasai bahasa dan tabiat penjajah, maka mereka itu merupakan manusia yang paling dekat dengan penjajah.

Oleh yang demikian, takkala bayang penjajah mulai hilang dari negeri-negeri ummat Islam, bila belenggu-belenggu penjajahan dapat disingkirkan, negara-negara Islam mencapai kemerdekaan, maka tampok pemerintahan dan kuasa memutuskan undangundang (kekuasaan mesyuarat tertinggi ) berpindah kepada golongan ini. Ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam. Bermula dari kekuasaan penjajah bertapak di negeri-negeri Islam sehingga mereka mengangkat kaki meninggalkan bumi itu, sejarah penjajahan ini mengandungi berberapa perkara yang perlu diketengahkan, terutama ketika kita sedang mengkaji tentang suasana dan masalah yang sedang berlaku di negara-negara Islam. Kita tidak boleh memahami dan menyelesaikan permasalahan ini secara meyeluruh sekiranya kita tidak mengkaji terlebih dahulu tentang kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah.

Abul A’la Al-Maududi

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites