Thursday, May 26, 2011

Babi dengan Arak punya cerita..aduhai

Di bawah merupakan petikan dari akhbar utusan Melayu

"Cuba lihat angka-angka ini. Mengikut perangkaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia melalui laman webnya www.dvs.gov.my bilangan babi di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) pada 2008 ialah sebanyak 1,733,466 ekor; lebih banyak berbanding kerbau 133,381 ekor, lembu (847,757 ekor), kambing (437,805 ekor) dan berbiri 124,749 ekor.

Statistik sembelihan ternakan yang direkodkan oleh jabatan itu pada 2008 pula; babi disembelih sebanyak 1,715,890 ekor, kerbau (11,847 eko

r), lembu (102,010 ekor), kambing (15,186 ekor) dan berbiri (4,197 ekor).

"Dipendekkan cerita, ekoran betapa pentingnya industri itu, sila baca keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 April 2008 (yang turut dipetik oleh laman web Badan Peguam Malaysiawww.malaysianbar.org.com pada 19 April 2008)."



"Kesimpulan saya ialah: Industri penternakan babi ialah cukup lumayan. Oleh itu timbul persoalan sekarang apakah ia membabitkan soal budaya atau ia telah menjadi isu komersial yang dikawal oleh kartel yang gagah dan orang politik hanyalah faktor untuk mengapi-apikan sahaja supaya isu itu kelihatan ''amat penting''.

Kedua, besarnya industri penternakan babi di Malaysia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia amat bertoleransi. Siapa kata orang Melayu Malaysia yang beragama Islam menentang penternakan itu? Jika tidak sudah tentulah tidak sebegitu besar industri tersebut. Fikir-fikirkanlah."

Dipendekkan cerita, ekoran betapa pentingnya industri itu, sila baca keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 April 2008 (yang turut dipetik oleh laman web Badan Peguam Malaysiawww.malaysianbar.org.com pada 19 April 2008)."


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm&arc=hive


cuba rujuk laman di atas...untuk maklumat lebih lanjut

Industri babi boleh menyumbangkan RM300 juta setahun cukai kepada kerajaan. Selain muncul sebagai pengeluar babi terbesar di Asia Tengggara, Malaysia dikatakan negara pengeluar dan pembuat arak ke 10 terbesar di dunia.

"KUALA LUMPUR – Malaysia diletakkan di tangga ke-10 dalam penggunaan alkohol oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) walaupun dengan saiz populasi yang kecil.

Statistik yang diperoleh oleh pertubuhan tersebut menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah membelanjakan sejumlah ASD$500 juta (RM1.5bil) bagi alkohol sebanyak 7 liter per kapita.

Penggunaan arak di Malaysia adalah 11 liter per kapita.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata bahawa masalah penggunaan alkohol di negara ini telah menjadi semakin serius."



WOW...serious...dasyat giler negara kita...

padan lah masa selsema babi merebak, tak da operasi membunuh babi...tapi masa selsema burung merebak...rata2 ayam ngan itik kena bunuh...hmmm






Orang kata: ye lah..kalau tak de benda2 nih..mundur lah negara kita....ni lah yang duit yang membangunkan negara tau tak..ang kena bersyukur..ang nak tinggal dalam rumah papan??

aku kata: aku sanggup..janji semua disekeliling aku halal...arak dengan babi elok ka untuk badan manusia????..

orang kata: alah..kita kan masyarakat berbilang bangsa...ini untuk depa..biar kat depa lah..inshallah orang melayu tak sentuh ehh benda2 nih..biar lah kat depa..


aku kata: ko yakin ka?? ini ka sikap kita sebagai umat Islam terhadap orang bukan Islam??..redho melihat mereka didalam kekafiran.... aku nak tanya...Islam ini untuk disebarkan oleh orang melayu ja atau semua manusia??..kemana usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam...

orang kata: malaysia kan negara berbilang bangsa..tak boleh lah obses dengan nak jadikan negara malaysia negara Islam..rilek bro...

aku kata: jap2..bukan kah Islam sebagai agama rasmi??...dunia ini milik siapa??...bukan kah dunia ini milik ALLAH...hak ALLAH...bukan kah benda2 ini adalah benda2 terlarang...ia memudaratkan kesihat..perniagaan apa nih yang mengambil keuntungan dengan memberi penyakit pada diri manusia??..perniaggan macam ini yang nak dibaggakan??

orang kata: rilek lah..slow slow lah kita nak kembang kan Islam...kita kena jaga hati bangsa lain,.

aku kata: siapa yang jamin engkau akan hidup pada esok hari???

orang kat: hmmmmmmm......


* jangan salah faham, aku bukan pembangkang kerajan, tetapi aku pembangkang kejahilan...
"amar makruf nahi mungkar"


"ini Pena Padi, mengingati buat yang terlupa"

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites