Dialog Bersama Mujahid 14 tahun

saya tak nak tanya apa perasaan anda....saya nak tanya apa sumbangan anda untuk saudara kita di Palestine... "apa yang kamu akan buat selepas ini?"

Kita Perlu Jadi Muslim Sejati

bermacam macam kita dah buat bukan...kita buat demonstrasi besar besaran..kita buat ceramah tentang palestine..kita boikot barang yahudi...kita bakar bendera Zionis..kita membuat program kesedaran..kempen..dan bermacam macam lagi...

Kata-Kata Tok Guru

Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.

Tali Fahimah

Kenal siapa Tali Fahima?? Beliau merupakan seorang pejuang Islam di Palestine. Beliau merupakan warga Isreal. Tali Fahima,bukan asing bagi dikalangan mereka yang prihatin dengan isu-isu Palestin..perjuangan wanita besi ini mencipta sejarah tersendiri sehingga negaranya sendiri menuduh beliau pengkhianat dan pengganas rakyat Israel pertama yang bertindak ganas terhadap kaumnya sendiri..

Bahayanya Fahaman Sekularisme

Kultur imperialisme Barat telah mewariskan semacam “mazhab pikiran” yang amat menyesatkan dunia Islam (Alam Islamy), ialah suatu pandangan hidup yang “serba dunia”, sekulerisme atau La Diniyah!

Tuesday, August 30, 2011

Teologi Kristian di dalam Akidah Syiah.


Teologi Kristian di dalam Akidah Syiah
Oleh: Yussamir Yusof
www.yussamir.com

Kebelakangan ini sibuk orang memperkatakan tentang Syiah, malahan telah banyak kenyataan akhbar tentang kesesatan Syiah. Namun, kebanyakkannya lebih menjerus kepada persoalan Feqh dan Akidah, tanpa menyedari bahawa Syiah sebenarnya membawa teologi agama Kristian.


Apatah lagi, kesamaan dan keselarian yang wujud dalam beberapa konsep yang wujud dalam agama Kristian dan Syiah adalah sesuatu yang kritikal. Bahkan, apabila habis membaca dan meneliti rencana ringkas ini, kita akan memberi kesimpulan bahawa Syiah bukan lagi sebuah mazhab tetapi lebih kepada sebuah AGAMA.

Saya akan cuba mengupas beberapa konsep dari sudut teologi yang pada pandangan saya sebuah ‘kebetulan’ yang secara disengajakan.




Justify Full
Konsep Jesus ciptaan pertama

Dalam buku saya yang bertajuk “Akidah Kita Nyawa Kita” saya ada membincangkan tentang perbalahan antara dua Pemikir Kristian tentang kedudukan Jesus. Sebahagian menyatakan bahawa Jesus adalah sebahagian dari Tuhan, manakala sebahagian lagi mendakwah bahawa Jesus adalah ciptaan pertama Tuhan.

Untuk rencana ini, kita akan mengambil dakwaan kedua iaitu Jesus adalah ciptaan pertama Tuhan. Ciptaan yang terhasil dari kalimah Allah, menurut agama Kristian.

Perhatikan ayat seterus ini yang saya ambil dari sebuah magnum opus Syiah iaitu Bihar al-Anwar, Ali berkata “Allah adalah Esa dan unik dalam keesaanNya, Allah mengucapkan satu kata yang kemudian menjadi cahaya, dari cahaya itu Dia menciptakan aku dan keturunanku. Allah kemudian mengucapkan kata lain yang kemudian menjadi roh, dan roh itu Dia masukkan dalam cahaya. Kemudian cahaya itu Dia masukkan dalam tubuh kita. Maka kita adalah Roh Tuhan dan Kata-katanya..”

Menurut para ulama syiah, Saidina Ali menuturkan ayat ini merujuk kepada dirinya, dan para keturunannya, para Imam Sebelas. Manakala berdasarkan daripada ayat ini juga, para ulama Syiah telah menafsirkan bahawa para Imam adalah perantara sejati antara Allah dengan manusia. Sejak bermulanya kehidupan dunia ini, mereka para imam adalah ciptaan Allah yang pertama. Daripada merekalah, semua ciptaan dimulakan, dan melalui mereka ciptaan itu pada akhirnya akan dinilai dan disempurnakan.

Perhatikan petikan-petikan tersebut. Kedua-duanya membawa satu konsep yang sama iaitu Para Imam Dua belas Syiah dan Jesus adalah ciptaan pertama Tuhan!

Pertanyaan yang boleh kita bangkitkan ialah, adakah ini pegangan islam yang sebenar? Adakah Allah memerlukan sesuatu sebelum menciptakan manusia yang lain? Dari petikan-petikan tersebut kita akan dapati bahawa kedua-duanya mempunyai doktrin “Setiap permulaan bermula dari sesuatu yang bermula, iaitu para Imam yang dimulakan/Jesus yang dimulakan, kemudian barulah ciptaan yang lain wujud dan terhasil”.

Apakah pandangan Ahlu Sunnah wal Jamaah dalam perkara ini? Ahlu Sunnah wal Jamaah berpegang bahawa Allah tidak memerlukan perantaraan untuk menciptakan apa sekalipun. Cukup dengan kekuasaan dan keagungan Allah, cukup dengan firmannya iaitu “Jadi, maka jadilah.” Sepertimana Firman Allah dalam Surah Yaasin 36: 82, “Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.”

Konsep Jesus sebagai juruselamat

Kristian menganggap bahawa Jesus sebagai Juruselamat kepada seluruh manusia. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Paul. Paul menyatakan Jesus sebagai “Tuhan dan Juruselamat kita yang besar”. Ia berdasarkan kepada Bible Titus 2:13, “dengan menantikan penggenapan pengharapan kita yang penuh bahagia dan penyataan kemuliaan Allah yang Mahabesar dan Juruselamat kita Yesus Kristus”. Dalam masa menurut Paul, kita seharusnya dengan rendah hati memuji Tuhan dan mengasihi Dia dengan kasih yang tidak berkesudahan, sepertimana yang disebutkan dalam Bible Efesus 6:24, “Kasih kurnia menyertai semua orang, yang mengasihi Tuhan kita Jesus Kristus dengan kasih yang tidak hilang.”


Baiklah, perhatikan pula petikan di bawah yang datangnya dari Syiah.

“Pada Imam adalah sumber keSELAMATAN pada hari pembalasan bagi orang-orang yang mengakui statyus mereka sebagai teman (Auliya’) dari Allah, dan para ahli waris yang sebenarnya dari para Nabi. Sebaliknya para imam akan menjjadi hakim ya gjekas terhadap orang-orang yang menentang status kemuliaan mereka. Manakala Jesus akan turun dari Syurga untuk membantu Imam Dua Belas sehingga beberapa bahagian dalam PENEBUSAN DOSA dan penghakiman terakhir oleh para Imam”. Rujukan ini diperolehi dari sebuah Tesis yang ditulis oleh Mahmod Mustafa Ayoub yang bertajuk “Redemtice Suffering in Islam: A study of Devotional Aspects of Asyura in the Middle Age”.


Dua konsep ini sebenarnya sangat kritikal dan besar. Kerana ia menyakut masalah Akidah yang pastinya akan memberi petunjuk bahawa Syiah bukan lagi sebuah Mazhab, tetapi sebuah agama.

Saya tinggalkan dua perkara ini untuk dinilai dan diperhalusi oleh semua tentang keberadaannya. Sama ada kita masih mahu mengaku dan menerimanya sebagai sebuah mazhab dan dipraktikan di Malaysia, atau kita akan perangi habis-habisan.


Saya tinggalkan persoalan ini kepada anda.

Alhamdulilah, saya Muslim.

Sumber: http://syiahmalaysia.blogspot.com/2011/08/teologi-kristian-di-dalam-akidah-syiah.html

Thursday, August 25, 2011

Syiah Sesat- Konspirasi DAJJAL


Kesesatan Syiah

Soal Syiah bukanlah soal yang boleh diambil mudah..banyak yang perlu kita ketahui tentang Syiah..

persoalan pertama ialah; adakah Syiah ini satu mazhab atau satu agama yang sesat??



terus terang saya katakan, setiap kali membicangkan soal Syiah, setiap kali saya tak sedap duduk, sebab Syiah adalah satu ajaran yang sesat yang sangat2 berbahaya dan pengaruhnya sangat luas..

kekuatan syiah terserlah di IRAN, namum tidak kalah juga pengikut syiah di MALAYSIA juga ramai...

untuk memahami isu ini ada perlu dengar penjelasan dari Ustaz Maulana Asri




sila faham dengan teliti perihal syiah..lihat lah video diatas dari bahagian 1 hingga bahagian terakhir...



untuk lebih memahami, sila ke sites https://sites.google.com/site/kaizennazwiki/file-cabinet dan download file2 dalam folder "syiah sesat"

dan akhir sekali page ini http://tenteradajjal.blogspot.com/ , page ini banyak mengupdate isu isu semasa mengenai syiah atau boleh saya katakan KONSPIRASI DAJJAL


jika anda katakan Ahmad Deenejat sebagai wira atau singa Islam..

saya katakan tidak..


Monday, August 22, 2011

PENJAJAHAN BANGSA SENDIRI SELEPAS PENJAJAHAN BANGSA ASING


Apa yang dicapai oleh negeri-negeri Islam di bawah pimpinan golongan ini dan hasil dari jasa perjuangan Islam adalah kemerdekaan di bidang politik sahaja. Yang berbeza antara penjajahan bangsa asing yang telah hilang dengan kemerdekaan sekarang ialah penguasaan bangsa asing yang lalu kini dapat dinikmati oleh anak-anak tempatan. Dari segi kecenderungan aliran pemikiran, falsafah moral, sosial dan ekonomi, keduadua golongan ini ( penjajahan asing dan anak tempatan) tidak banyak berbeza. Begitu juga sikap kedua golongan itu terhadap Islam adalah hampir-hampir sama sahaja, sehingga dasar-dasar sistem pelajaran dan pendidikan yang dibuat oleh penjajah asing masih diamalkan oleh penjajah baru. Undang-undang yang dibawa oleh penjajah asing digunakan, malah lebih dari itu perundangan baru dari segi dasar, pemikiran dan sistemnya masih berjalan di atas landasan yang diatur di zaman penjajah asing. Lebih dari itu lagi undang-undang keluarga (Personal Laws) yang tidak diusik oleh penjajah asing, kini kita lihat ada usaha untuk dihapuskan atau diubah supaya dikatakan lebih maju, sesuai dengan peredaran zaman, era zaman kemerdekaan dll..

Pada hakikatnya ini adalah zaman penjajahan baru. Kemajuan barat dan asas moral yang bersifat kebendaan yang ditinggalkan oleh penjajah-penjajah barat, bukan sahaja dipegang teguh oleh mereka yang kagum dengan barat, bahkan mereka telah berusaha pula supaya orang ramai akan bertambah kuat pegangannya daripada mereka di zaman penjajah. Sayangnya orang ramai Islam yang lemah ini tidak mampu melihat bentuk sistem hidup Islam yang syumul. Mereka telah hanya nampak sistem cara hidup yang dibina di atas dasar perkauman, pemikiran otak manusia dan sistem rekaan manusia. Akhir sekali penjajah telah dapat merosakkan perpaduan umat Islam sedunia atas nama perkauman-nasionalis. Mereka mengoyak perpaduan ini dan memecah belahkan kesatuan ummat Islam atas nama perkauman. Menjadikan mereka itu bunuh membunuh antara satu sama lain, semua itu dilakukan atas nama perkauman.

Mereka kemudiannya memasukkan fahaman sekular (fahaman yang memisahkan agama dari urusan pentadbiran negeri) kedalam jiwa mereka. Mereka sering menggunakan kesempatan yang ada untuk merosakkan generasi baru ummat Islam. Mereka berusaga mengeruhkan kemurniaan akhlak mereka, merosakkan agamanya dan menyelewengkan dari landasan Islam. Mereka menggalakkan supaya mempersendasendakan akidah Islam seperti kepercayaan kepada hari akhirat, syurga, neraka, pahala dan siksa. Mereka bergiat cergas dalam menabur fahaman mengharuskan maksiat dan meninggalkan perintah Allah. Kesemua itu di bawah dakwaan kemajuan, pembaharuan, kebebasan individu, pembangunan dan bersama orang ramai.

Abul A’la Al-Maududi

BENARKAH DA’YAH “NANTI SETELAH MERDEKA BARU MAHU BERAMAL DENGAN ISLAM” ??


Sesungguhnya sepedih-pedih dan sesedih-sedih kejadian ialah ketika matlamat mereka ini telah tercapai. Apabila negeri telah merdeka, mereka mengkhianati janji mereka. Mereka pura-pura lupa apa yang mereka laung-laungkan di masa perjuangan kemerdekaan. Dan jadilah Islam sebagai mangsa pertama pengkhianatan sesudah negara merdeka. Mereka memperalatkan Islam untuk membangunkan istana kemewahan dunia dan mendiami di dalamnya. Kerana kelebihan Islamlah perjuangan mereka berkobar dan hingga akhirnya mereka berjaya.


Saudara-saudara sekelian…….

Tidakkah ini termasuk sebesar-besar jenayah yang dapat disaksikan dalam sejarah Islam. Bukankah ianya sebesar-besar pendustaan yang timbul dalam dunia politik? Diatas pengkhianatan seumpama inilah hati-hati akan hancur luluh kerana terlalu duka- sekiranya dalam hati itu masih ada saki-baki roh Islam dan iman.

Abul A’la Al-Maududi

KESAN-KESAN PENJAJAH-MEMBENTUK SERTA MENYOKONG GERAKAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN YANG PALSU



Gerakan-gerakan kemerdekaan yang lahir di negara-negara Islam yang dipimpin oleh golongan barat tahu bahawa mereka tidak dapat menggerakkan orang-orang Islam dan berhujjah untuk membangkit semangat orang ramai untuk menyokong gerakan mereka tanpa digerakkan di atas nama Agama. Ianya perlu mempergunakan slogan 'mengembalikan keagungan Islam' dll. Mereka menyeru orang ramai dengan nama Allah dan Rasulnya.

Untuk lebih meyakinkan, mereka mempertentangkan antara Islam dengan kufur. Ini membuat hati orang ramai bertambah cenderung kepada seruan dan laungan mereka dan dapat menggerakkan supaya rakyat mencurahkan tenaga dan jiwa untuk tujuan ini. Mereka bertindak demikian bukan agar orang-orang Islam mengikut jejak langkah mereka dan bergabung dibawah panji dan parti mereka.

Abul A’la Al-Maududi

KESAN-KESAN PENJAJAH- MENJAUHKAN ULAMAK DARI MEMIMPIN MASYARAKAT DAN TERAJU POLITIK




Para ulama dalam negara-negara Islam dulunya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan orang Islam secara berterusan, di waktu senang dan susah . Mereka tidak pernah bercakap atau membayangkan kecuali apa yang diyakini bahawa perkara itu daripada agama.

Malangnya alim ulama itu akhirnya menjauhkan diri dari teraju pemerintahan negara dan tidak mencebur diri dalam masalah politik dan sosial, hingga lama kelamaan mereka tidak lagi mampu dan layak untuk membimbing umat dalam bidang politik. Dengan sebab inilah mereka tidak mampu memimpin gerakan perjuangan dan pembebasan yang telah bangkit diakhir-akhir ini di negara Islam yang jatuh dibawah penjajah.

Begitu juga mereka tidak dibenarkan menyertai secara langsung didalam pentadbiran negara di zaman selepas kemerdekaan. Tugas mereka dari sudut sosial hari ini tidak lebih dari tugas brek pada enjin kereta. Mereka hanya dapat mempertahankan sedikit sebanyak kelajuan perjalanan hidup sosial. Dalam hal itu pun brek ini telah pecah berkecai di setengah negara Islam. Ada pun pemandu kereta, iaitu golongan pemerintah yang terpengaruh dengan barat terus terjun dengan keretanya itu ke jurang yang dalam dengan dahsyatnya. Mereka menyangka sedang mendaki kemuncak yang tinggi dan sedang menuju kehebatan.

Abul A’la Al-Maududi

KESAN-KESAN PENJAJAH- MEROSAKKAN AKHLAK UMMAT

Para penjajah tidak berjaya memesongkan majoriti orang Islam dari Islam sepanjang penaklukan mereka keatas negara-negara itu. Walaupun mereka mereka mencurahkan tenaga mereka habisaan untuk tujuan ini, ianya tetap tidak berjaya. Oleh kerana itu penjajah telah mengekalkan mereka (anak2 negeri yang dijajah) supaya mereka tetap hidup dalam kejahilan dan dengan merosakkan akhlak mereka. Penjajah memguat kuasakan undang-undang mereka yang diekspot ke negara-negara Ummat Islam sebagai ganti perundangan dan Syariat Islam. Seterusnya mereka membiasakan anak tempatan hidup di atas dasar dan cara hidup yang bukan Islam. Walaupun begitu penjajah masih tidak mampu menarik ummat Islam untuk menentang Islam dan tradisi Islam. Buktinya ialah umat Islam masih tetap cinta kepada Islam hingga sekarang ini, sama dengan umat Islam di zaman silam. Saudara-saudara akan dapati mereka itu beriman dengan Islam dari lubuk hati mereka. Niat mereka jujur,azam mereka benar, mereka tidak akan redha menganut sistem hidup yang bukan Islam, walaupun mereka tidak memahami Islam secara mendalam dan tidak terdidik dalam perundangan dan pengetahuan Islam. Tidak diragukan lagi bahawa akhlak mereka telah runtuh, adat resam mereka telah musnah dan perasaan-perasaan mereka telah rosak, tetapi pengukuran atau neraca nilai-nilai akhlak tetap tidak berubah. Ya, kemungkinan mereka akan bermuamalat dengan riba, melakukan zina, meminum arak bahkan memang itu telah berlaku, tetapi saudara-saudara tidak dapati di kalangan mereka ada yang menyatakan halal sesuatu yang diharam oleh Allah kecuali sedikit dari mereka. Ada yang memang benar-benar berhaluan barat yang menghalalkan perkara yang diharam oleh Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah.

Orang-orang Islam secara umumnya tidak mengangap tarian, nyanyian, permainan siasia dan pelbagai maksiat yang memenuhi malam itu adalah kebudayaan dan dasar cara hidup mereka, sekalipun mereka sendiri terlibat dan berat kaki tangan ketika diajak beribadat untuk menyuci jiwa mereka. Walaupun mereka masih mewarisi cara hidup di bawah undang-undang barat, namun fikiran mereka belum diresapi oleh fahaman yang menyatakan bahawa undang-undang barat ini adalah lebih betul dan lebih sesuai. Mereka masih tidak dapat menerima katakata undang-undang Islam telah ditelan zaman atau tidak sesuai lagi dengan peredaran zaman sekarang. Hanya segolongan kecil sahaja yang benar-benar terperdaya dengan tamaddun barat tertarik dengan lahiriah tamaddun ini yakin dengan perundangan dan sistem rekaan barat itu. Kebanyakan orang Islam umumnya masih beriman teguh dengan perundangan Islam. Mereka menuntut supaya undang-undang Islam dikuatkuasakan didalam negeri mereka.

Abul A’la Al-Maududi

TEKNIK MENGANKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM- Abul A’la Al-Maududi



Wahai saudara-saudara yang dicintai sekelian,

Di antara taktik penjajah yang licik dalam usaha mereka memerangi ummat Islam ialah dengan cara; setiap orang Islam yang mula mendapat menerima celupan barat dan menjauhi ciri-ciri Islam akan segera diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Mereka akan di beri kedudukan di pejabat rasmi pentadbiran samada sebagai pegawai awam atau tentera. Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial. Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen. Pendek kata mereka inilah yang mendapat keistimewaan dalam masyarakat. Apabila gerakan kemerdekaan mula bangkit, dan kemerdekaanpun tercapai, maka biasanya tampok pimpinan pasti kembali ke tangan mereka ini. Oleh kerana mereka adalah orang-orang yang menguasai bahasa dan tabiat penjajah, maka mereka itu merupakan manusia yang paling dekat dengan penjajah.

Oleh yang demikian, takkala bayang penjajah mulai hilang dari negeri-negeri ummat Islam, bila belenggu-belenggu penjajahan dapat disingkirkan, negara-negara Islam mencapai kemerdekaan, maka tampok pemerintahan dan kuasa memutuskan undangundang (kekuasaan mesyuarat tertinggi ) berpindah kepada golongan ini. Ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam. Bermula dari kekuasaan penjajah bertapak di negeri-negeri Islam sehingga mereka mengangkat kaki meninggalkan bumi itu, sejarah penjajahan ini mengandungi berberapa perkara yang perlu diketengahkan, terutama ketika kita sedang mengkaji tentang suasana dan masalah yang sedang berlaku di negara-negara Islam. Kita tidak boleh memahami dan menyelesaikan permasalahan ini secara meyeluruh sekiranya kita tidak mengkaji terlebih dahulu tentang kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah.

Abul A’la Al-Maududi

MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM- Abul A’la Al-Maududi



Sesungguhnya kemerosotan pemikiran generasi ini telah sampai kemuncaknya:

PERTAMA : Meniru bahasa dan gaya hidup penjajah. Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaibpan sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka. Ada di antara mereka yang merasa gelisah disebabkan mereka adalah orang-orang Islam sedangkan para penjajah adalah orang yang fanatik dengan ajaran kristian. Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum hukumnya. Mereka merombak tamaddun Islam yang luhur ini dengan segala makian atau tuduhan. Mereka menganggap dengan berbuat begitu, itu adalah cara untuk menambahkan kemuliaan, meningggikan kedudukan dan status mereka dalam masyarakat. Padahal penjajah-penjajah barat tetap merpertahankan peradaban dan tradisi mereka yang lapuk dan berpegang teguh dengan akidah mereka yang lemah.

KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka memakai pakaian orang-orang Islam. Mereka tidak pernah mengikut tingkah laku kehidupan orang Islam walaupun hanya sekejap, sekalipun mereka hidup dalam negara ummat Islam seumur hidup mereka.

KETIGA : Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah. Golongan yang berhaluan barat tanpa merasa malu berusaha untuk meniru cara hidup orang-orang barat dalam semua aspek - kecil dan besar. Bermula dari cara makan dan minum mereka sehinggalah kepada adat istiadat seperti cara berdiri dan duduk. Akhirnya mereka masuk ke dalam setiap lubang yang dimasuki oleh orang-orang barat, sekalipun ketika mereka berada di negeri-negeri mereka sendiri (negeri-negeri Islam). Bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka. Mereka telah terhidu fahaman kebendaan (materialisma), idealisma (fikiran yang tidak mengaku kewujudan tuhan) seperti nasionalisma jahiliah, pergaulan bebas, berbogel (mendedahkan aurat) dan mabuk.

Abul A’la Al-Maududi

ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM- Abul A’la Al-Maududi


Saudara-saudara yang budiman,

Andainya penjajah barat merampas harta benda kita, memeras kekayaan negara kita, membunuh, menghapuskan anak cucu kita habisan-habisan dan memusnahkan rumah tangga kita, maka kezaliman seperti itu tidaklah seburuk atau sejelik-jelik natijah jika dibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dalam bentuk menaburkan racun-racun tamaddun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan sains yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh.

Apa yang dapat kita lihat dibuat oleh musuh-musuh Islam itu ialah contohnya:

PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuan penjajahan . Setiap kali berjaya menguasai sesebuah negara Islam, mereka biasanya terus menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Atau mereka akan jadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kita tidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanya layak ditempatkan di dalam tong sampah.

KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus. Mereka tidak akan membiarkan bahasa umat Islam yang telah ditawan itu mempunyai nilai yang tinggi. Mereka singkirkan bahasa-bahasa itu agar tidak digunakan dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Mereka juga tidak akan mengekalkan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi dalam sektor pentadbiran negara. Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusan pendidikan dan pentadbiran negara sebagai pengganti bahasa yang telah dimusnahkan
itu. Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam oleh
semua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga Russia
dan China. Seolah-olah mereka semua telah mengadakan persetujuan bersama dalam mengunakan taktik ini.

KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telah mencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baru yang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat, sejarah Islam yang agong dan tamaddun mereka yang hebat. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran nya sehingga caracara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat. Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baru yang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemah lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepada kebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan kehidupan manusia.

Abul A’la Al-Maududi

Sunday, August 21, 2011

PENJAJAHAN TANAH AIR BERUBAH KEARAH PENJAJAHAN FIKIRAN



Di antara perkara yang diketahui oleh kita semua wahai saudara-saudaraku bahawa
pada akhir-akhir ini negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah
setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan
kekacauan politik.

Pada abad ke 18, penjajah telah memacakkan tongkat penjajahan mereka di negaranegara
Islam dan dapat mencapai maksudnya pada awal abad ini. Penjajah telah dapat
menguasai kebanyakan negara-negara Islam kecuali sedikit. Negara yang tidak dijajah
secara langsung ini pula sentiasa menerima kekalahan demi kekalahan menyebabkan
ianya tidak berbeza dari segi kehinaan dibanding dengan suasana yang menimpa
negara-negara Islam yang dijajah penuh.. Mereka merasa serba kekurangan dan lebih
gerun kepada penjajah dari negara-negara yang kemerdekaannya dirampas sepenuhnya. Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini
ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan
fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.

Abul A’la Al-Maududi

MASA DEPAN NEGARA ISLAM IALAH MASA DEPAN UMATNYA



Oleh kerana itu tidaklah salah kalau saya katakan:

Bahawa masa depan yang akan dihadapi oleh umat Islam di dunia ini adalah terletak di
atas bahu negara-negara Islam itu sendiri. Kawasan negerinya luas, dari Indonesia dan
Malaysia di sebelah timur hinggalah ke Morokko dan Nigeria di sebelah barat. Ini
adalah berdasarkan fikiran yang logik dan sebab-sebab yang boleh dilihat.
Ada pun jika di sana jika berlaku perkara yang menyalahi adat, yang luar dari batasan
kekuasaan kita maka itu bukanlah perkara yang mustahil, kerana Allah berkuasa
memancarkan air dari batu yang keras, berkuasa menukar padang pasir yang kering
tandus menjadi kebun-kebun yang indah, segar bugar, suka mata memandang. Maha
Suci Allah Tuhan memiliki segala sesuatu dan Dia Maha berkuasa atas segalanya2.
Mengikut apa yang kita bayangkan tadi bila membicarakan tentang masa depan umat
Islam, kita katakan: bahawa masa depan mereka bergantung dengan masa depan negara
ummat Islam sendiri, samada baik atau buruknya.

Sekarang kita ingin kemukakan:
- apakah keadaan yang sedang berlaku di negara-negara ummat Islam hari ini ?

- apakah sebab dan faktornya ?

- dan apakah cara dan metod yang mesti diikuti oleh orang-orang yang berkerja
keras untuk membela nasib umat Islam ?

Abul A’la Al-Maududi

KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA- Abul A’la Al-Maududi



Saudara-saudara yang mulia !!

Perkara yang pertama yang harus anda semua ketahui ialah Dunia Islam terbahagi
kepada dua jenis:

Jenis pertama :
Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk
pemerintahannya berada di tangan orang lain

(bukan Islam).

Jenis kedua :
Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam
dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.

Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa kelompok yang kedua ini lebih penting dari
kelompok yang pertama mengikut ukuran biasa. Kerana nasib umat Islam di dunia ini
benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan
sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Ini bukan bererti saya menafikan kepentingan kelompok yang pertama, malahan saya
memberi perhatian khusus untuknya, kerana dengan wujudnya orang-orang yang
beriman dengan satu akidah, satu fikrah dan satu sistem hidup yang berada di segenap penjuru alam ini, yang bilangan mereka ratusan ribu, malah lebih banyak, itulah
sebenarnya sebesar-besar wasilah dan sekuat-kuat pendorong untuk membakar
semangat orang-orang yang beriman dengan akidah, fikrah dan sistem tadi supaya
hidup secara praktikal dan meninggikan panjinya.

Tetapi apabila akidah, pemikiran dan dakwah tadi telah kalah dalam kandang sendiri
atau kedudukan terhina maka sudah terang orang-orang mukmin yang bertaburan
disana sini di segenap pelusuk alam tidak akan di tanggung oleh bumi dan diteduhi
oleh langit hingga sesuatu masa yang tidak dapat ditentukan, dan ianya bukan pendek
pula.

Abul A’la Al-Maududi

REBUTLAH PELUANG DENGAN MENYEBARKAN ISLAM ! - Abul A'La Al- Maududi


Saudara-saudara yang mulia!!!

Di saat yang bertuah ini, sukacita saya membayangkan kesyukuran dan perasaan
puashati saya dengan peluang ini, di mana diberi kesempatan untuk saya
menyampaikan ucapan yang serba kekurangan di hadapan kumpulan yang baik yang
terdiri dari pemuda-pemuda yang beriman serta ikhlas yang datang dari pelusuk alam
untuk mengunjungi negara yang aman makmur

ini. Mereka datang kerana
menyebutkan Nama Allah di hari-hari yang tertentu (musim haji) dan kerana
menyampaikan perkara yang memberi manfaat pada mereka. Atau dengan kata lain
kerana menghadiri perhimpunan agong sebagai persidangan tahunan Islam.

Tujuan ucapan saya ini ialah untuk memperkatakan kepada pemuda mukmin secara
menyeluruh tentang perjalanan dakwah Islamiah sebagaimana yang di kehendaki oleh
keadaan dunia Islam sekarang.

Saya akan mengambil kesempatan yang berharga ini untuk menyatakan sesuatu yang
tersembunyi di lubuk saya dan terpendam di sanubari saya. Agar saudara-saudara
semua dapat mengetahui dengan nyata dan terang satu persatu tentang perkara-perkara
yang memberi manfaat kepada Islam dan umatnya. Mereka yang hadir ini hendaklah memberitahu kepada yang tidak hadir, kerana kemungkinan di masa akan datang sukar bagi saya untuk mendapat peluang yang baik seperti pada hari ini dan ditempat yang mulia ini.

Saya berdoa agar Allah berikan taufik kepada saya dan kepada saudara-saudara untuk
mendapat keredhaanNya dan ia menjadikan segala amalan kita ikhlas kepadaNya.


Abul A'La Al- Maududi

Saturday, August 20, 2011

fatwa membaca al Quran menggunakan pembesar suara SEBELUM waktu subuh

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum...

tak terjangka saya akan menulis tentang isu ini...tapi disebabkan banyak orang yang masih lagi keliru...saya mengambil inisiatif untuk meneragkan isu ini...

pelbagai tomohan yang dibangkitkan seperti..


"ini negara Islam, kenapa tak boleh baca Al Quran guna pembesar suara pulak"

"ini semua agenda kristian lah nih"

"ini semua DAP punya pasal"

"habis!!..nanti Islam bakal tergadai"


dalam isu ini..anda tidak perlu gelabah tak tentu pasal...sebab isu ini mudah sahaja un tuk faham...isu ini tak perlu dipolitikkan..


Larangan ini juga bertepatan dengan dalil hadis Rasulullah dari Abu Said Al-Kudri yang membawa maksud :

"Ketika Nabi saw beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (Al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi saw berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: 'Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat’ (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)

fahami hadis ini,..secara terang ia dah menjelaskan isu ini...

Kenyataan Datuk Mufti Pulau Pinang pada tarikh 15 Ogos 2011 mengenai masalah tersebut dengan menjelaskan bahawa :

“larangan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh bukan fatwa melulu, sebaliknya nasihat hukum yang diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang berdasarkan kepada permasalahan umat Islam di negeri itu. Nasihat hukum itu dikeluarkan kerana jabatan berkenaan sering mendapat aduan dan pertanyaan daripada umat Islam di negeri itu sendiri mengenai hukum membaca al-Quran sebelum Subuh menggunakan pembesar suara sejak kebelakangan ini. Nasihat hukum itu dibuat atas tanggungjawab membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong sejajar Seksyen 45 Enakmen Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) dan bukan tekanan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.”

Katanya lagi :

“Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, berkata pihaknya bertanggungjawab menyelesaikan kemusykilan dan permasalahan berkaitan hukum Islam di negeri itu dan nasihat hukum dibuat atas rasa tanggungjawab berdasarkan dalil yang sahih. Arahan meminta dielakkan bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar serta dalam masjid memang amat wajar dan ia bukannya isu politik tetapi untuk menjaga martabat Islam sebagai agama harmoni. Saya amat kesal dengan tuduhan pelbagai pihak yang menyatakan kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat fatwa melulu dan di bawah arahan pihak tertentu berkaitan isu berkenaan,” katanya di sini, semalam.”

hukum melaungkan azan sebelum waktu azan sekali pon, dengan niat mengejutkan orang bangun qiammullail(niat baik),..perbuatan ini tidak boleh jika ia menggangu orang tidur dan boleh jika semua penduduk pakat2 untuk bersetuju dan menganggap ia sebagai bukan ganguan...

saya harap dengan ulasan ringkas ini, pihak2 yang celaru fikiran itu faham..kenyataan ini dibuat mengikut Hadis..

jangan kerana terlalu ikut emosi dan fahaman politik, kita tutup telinga dan mata untuk memahami isu ini..

jadikan ulama2 dan orang2 pakar sebagai rujukan..


*anda juga boleh boleh baca blog ini untuk memahami isu ini


Tazkirah dari Ustaz Azmil Mustafa(Ali Setan)

tengok video ini sampai habis...Tazkirah dari Ustaz Azmil Mustafa (Ali Setan)...

beliau sangat tegas dan berani..bagaimana kita?




..dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. (Surah Al Maidah ayat 44)

apa yang kita nak jawab jika ALLAH tanya kita di akhirat kelak??

Thursday, August 18, 2011

Warkah Nik Aziz kepada Najib Razak..



Perkauman dan Pertembungan Agama : Benteng Terakhir UMNO
by Nik Abdul Aziz Nik Mat


Wednesday, August 17, 2011 at 8:13am

Selagi boleh, saya tidak mahu

menyemarakkan pertembungan politik sepanjang bulan Ramadhan. Saya kira waktu yang amat bernilai ini amat sesuai digunakan untuk berzikir, membaca al-Quran dan menghayati maknanya sesuai dengan kemuliaan Ramadhan.

Namun, mengambil kira bahawa nama saya disebut berulang kali oleh media massa milik UMNO hari ini (16 Ogos 2011), saya ringankan tangan saya untuk menulis sedikit jawapan untuk tatapan masyarakat.

Saya mengira, UMNO sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara ini kerana larangan menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP.

Bagi saya, tidak munasabah UMNO mahu ‘mencari balah’ dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. UMNO yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang. Isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan.

Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’ Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?

Isu ini sebenarnya sengaja dipolitikkan sehingga menjadi polemik. Saya ingin bertanya kepada UMNO, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini? Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak.Dasar UMNO sendiri ialah kebangsaan dan sekular. Islam tidak pernah ada dalam agenda perjuangan UMNO.

Justeru, apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada UMNO. Ada pula yang sibuk mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam.

Saya kira, ini sebenarnya satu pengiktirafan terhadap PAS yang telah berjuang sekian lama membela Islam. Barangkali pihak ini ‘tidak tergamak’ untuk menggantikan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Masakan tidak, bila pula pernah UMNO berjuang untuk Islam?

Sesungguhnya Islam itu indah kerana ia diakui sendiri oleh Allah SWT sebagai rahmat. Tetapi sayangnya cara UMNO mempersembahkan Islam pada hari ini, saya lihat ia menggerunkan masyarakat bukan Islam. Apa yang tidak diajar oleh Islam, itulah yang diperbesarkan oleh UMNO. Manakala apa yang benar-benar termaktub ditidakkan.

Bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan. Di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya muslim mungkin tidak mengira ini sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza.

Rasulullah SAW sendiri pernah melarang seorang sahabat yang mengangkat suara di dalam masjid untuk berzikir sehingga mengganggu orang lain. Ini disebut di dalam sebuah hadis :

اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ فِي الصَّلَاةِ

Yang bermaksud : “"Pernah Nabi Muhammad SAW beriktikaf dalam masjid, lalu baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran atau solat) lalu baginda mengangkat tirai dan bersabda: "

Ketahuilah sesungguhnya setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan sebahagian kamu mengangkat suara melebihi sebahagian yang lain dalam bacaan, atau sabdanya: dalam solat". – Riwayat Abu Daud.

Bahkan ini pernah ditegur oleh Ibnu al-Jauzi di dalam kitabnya Talbis Iblis. Katanya :

وقد لبس إبليس على قوم من القراء فهم يقرأون القرآن في منارة المسجد بالليل بالأصوات المجتمعة المرتفعة الجزء والجزأين فيجمعون بين أذى الناس في منعهم من النوم وبين التعرض للرياء. ومنهم من يقرأ في مسجده وقت الأذان لأنه حين اجتماع الناس في المسجد.

Yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Iblis telah mengaburi terhadap satu golongan dari pembaca al-Quran di mana mereka membaca al-Quran di mimbar-mimbar masjid pada waktu malam dengan suara beramai-ramai yang kuat samada satu juzuk atau dua juzuk lalu mereka telah mengumpulkan di antara menyakiti manusia dengan menghalang mereka daripada tidur dan mendedahkan diri kepada riya’.

Dan ada di antara mereka yang membaca al-Quran di masjidnya pada waktu azan kerana pada waktu itulah manusia berkumpul di masjid…” – halaman 3, kitab Talbis Iblis, cetakan pertama 1405H terbitan Darul Kitab al-Arabi, Beirut.

Tidaklah saya ingin memutlakkan pandangan Ibnu al-Jauzi ini agar diterima semua pihak. Tetapi sekurang-kurangnya sudah ada pandangan dari ulama terdahulu yang menegah untuk dibaca al-Quran dengan kuat di masjid kerana dibimbangi mengganggu tidur masyarakat sekitar.

Jika terbukti tidak mengganggu, tidaklah menjadi halangan. Justeru, ia terpulang kepada keadaan setempat dan situasi semasa masyarakat.

Hairannya, judi yang benar-benar dilarang oleh Islam pula nampaknya tidak diendahkan pula oleh UMNO. Di Kelantan, kami disaman oleh MCA kerana menghalang premis judi daripada beroperasi dan kes ini sedang disebut di mahkamah.

Saya tertanya-tanya, di mana perwira-perwira UMNO dalam isu ini? Atau tiba-tiba keris telanjang Ketuanan Melayu menjadi tumpul bila berdepan dengan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional?

Saya menyeru kepada UMNO, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam. Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi. Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi.

Sayangnya, saya lihat UMNO sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa. Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana.

UMNO mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara. Umno lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam.

Ingatlah, dalam mengendalikan sebarang isu, ambillah pertimbangan kemuliaan bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang. Jangan dibiarkan lidah berbicara sesuatu yang sudah diketahui pembohongannya kerana dibimbangi ia hanya menggandakan dosa di sisi Allah SWT kerana menodai kesucian Ramadhan. Dan biarlah ia juga boleh menjadi jawapan di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.

YAB DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 16 Ramadhan 1432H / 16 Ogos 2011M

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites