"Ketika Nabi saw beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (Al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi saw berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: 'Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat’ (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)
“larangan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh bukan fatwa melulu, sebaliknya nasihat hukum yang diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang berdasarkan kepada permasalahan umat Islam di negeri itu. Nasihat hukum itu dikeluarkan kerana jabatan berkenaan sering mendapat aduan dan pertanyaan daripada umat Islam di negeri itu sendiri mengenai hukum membaca al-Quran sebelum Subuh menggunakan pembesar suara sejak kebelakangan ini. Nasihat hukum itu dibuat atas tanggungjawab membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong sejajar Seksyen 45 Enakmen Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) dan bukan tekanan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.”
Katanya lagi :
“Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, berkata pihaknya bertanggungjawab menyelesaikan kemusykilan dan permasalahan berkaitan hukum Islam di negeri itu dan nasihat hukum dibuat atas rasa tanggungjawab berdasarkan dalil yang sahih. Arahan meminta dielakkan bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar serta dalam masjid memang amat wajar dan ia bukannya isu politik tetapi untuk menjaga martabat Islam sebagai agama harmoni. Saya amat kesal dengan tuduhan pelbagai pihak yang menyatakan kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat fatwa melulu dan di bawah arahan pihak tertentu berkaitan isu berkenaan,” katanya di sini, semalam.”
0 comments:
Post a Comment