Tuesday, July 12, 2011

BERSIH bagi saya...

Assalammualaikum dan salam sejahtera..moga kita sentiasa berada dalam keadaan baik bagus sekali..okay..apa yang saya tulis ini merupakan ulasan saya atau pendapat saya tentang BERSIH..

sebelum anda baca ini..saya hendak ajukan 1 soalan:


Adakah dunia sudah aman dari segi perspektif Islam? fikirkan dulu..

jika jawapan anda YA... anda tidak perlu membaca huraian ini..terima kasih (^_^)

TETAPI..

jika jawapan anda Tidak..dengan berbesar hati saya persilakan anda untuk membacanya..


mula2 sekali..anda kena tengok Video ini



okay..itu merupakan perumpaan PILIHANRAYA sekarang..anda faham kan??..jika kita tak menunjuk sesuatu umpanya MENJERIT di khalayak ramai..? selagi itulah orang tidak tahu akan masalah ini...


benda pertama yang anda perlu tahu tentang BERSIH ialah 8 tuntutan ini...cuba anda kaji sendiri, mengapa tuntutan ini diketengahkan..mengapa ia ditentang? saya yakin..anda yang sedang membaca ini arif tentang sistem yang digunakan dalam pilihanraya..

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS

3. GUNA DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR


persoalnnya kenapa? adakah pilihan raya sebelum ini tak cukup bersih? cuba teliti dan kaji link-link ini

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/07/10000-pengundi-hantu-di-selangor.html



dan banyak lagi...

okay..akta dalam perlembagaan(artikle 10) juga membolehkan perhimpuanan demonstrasi aman dijalankan..

satu persoalan lagi, adakah perhimpunan ini dibolehkan dalam Islam??
cuba tengok link ini..

jadi, kesimpulannya.. DEMONSTRASI ITU ADALAH HARUS dan PROVOKASI ITU ADALAH HARAM


persoalan akan timbul lagi..mengapa kita perlu taat dan patut pada Ambiga? dia bukan Islam..
jawapannya ialah, TIDAK MENJADI KESALAHAN jika orang Islam dengan orang bukan Islam bekerjasama dalam menegakkan HAK..kita tak perlu patuh jika Ambiga menyuruh kita buat perkara yang HARAM..Ambiga bukan ketua umat Islam di Malaysia..dia hanya memegang post sementara, dalam demostrasi itu sahaja..

Ambiga memang pernah melawan syariat Islam...tetapi soal sekarang adalah soal MENUNTUT PILIHANRAYA BERSIH...ia merupakan hak semua rakyat..(lagi pun, dia merupakan orang bukan Islam..mana lah mereka faham...kitalah yang wajib menerangkan pada mereka)

mungkin dengan cara ini juga hubungan orang Islam dengan orang bukan Islam akan semakin rapat..dan ini akan menambahkan lagi kefahaman orang bukan Islam kepada Islam..ini kita boleh lihat pada 9 julai..dimana kita menyaksikan orang India, Cina, Melayu dan lain2 bersam2 berganding bahu dalam menuntut hak mereka..



Jika tuntutan ini tidak difahami PEMIMPIN..inilah yang akan berlaku





BERSIH adalah idea yang dicetus oleh NGO2 untuk mendapat pilihan raya yang ADIL..ia tidak menyebelahi mana2 pihak

jika kerajaan BN inginkan pilihan raya yang bersih dan tulus, mereka juga boleh menutut BERSIH..dan membuat demonstrasi AMAN

untuk menilai isu ini..kita tidak boleh campur adukkan parti2 kerajaan atau pembangkang...

BERSIH adalah soal meminta PILIHANRAYA BERSIH..

kita jangan cepat menilai pada sesuatu berita..boleh jadi ia satu FITNAH atau cerita yang tidak BENAR

jika anda masih lagi tidak bersetuju dengan BERSIH..ia adalah HAK anda..saya harap anda tidak menghina atau mencaci orang2 yang menyertai atau menyokong BERSIH..kerana mereka mempunyai HAK...sesungguhnya..BERDIAM DIRI LEBIH BAIK DARI MENGUMPAT

saya tidak menulis ini untuk kepentingan pihak tertentu...saya menulis ini adalah saya ingikan pilihanraya yang adil..

terima kasih kerana sudi membaca...waallahualam

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites